Wednesday, February 18, 2009

my dream WEDDING DRESSES








opppssss...saya belum nak kawen lagi.lambat lagi. :)
tapi saya tidak dapat menipu diri. saya suka tgk baju pengantin.tak kisah la, baju gown ataupun sekadar kurung pahang.kalau dah namanya baju pengantin, pasti saja ianya kelihatan cantik.dari kecil saya dah idamkan gown kembang berwarna putih.di hiasi dengan veil yang panjang terheret dan crown setinggi pokok krismas...setiap kali bermain dgn kertas dan pensel, begitu la gaun idaman saya.
tapi kini saya pula bekerja di dalam bidang perkahwinan.setiap hari pula melihat pelbagai bentuk/fesyen pakaian pengantin.malah pelamin dan deco.tak lupa hantaran2 yang mewah.sekarang ni bukan lagi gown2 yang kembang menjadi idaman saya.saya sukakan rekaan rizalman.potongan yang sgt cantik dan menyenangkan.sopan dan tampak elegan.masih mengekalkan warna putih di dalam rekaan nya, rizalman berjaya memonopoli jiwa saya agar terus lekat pada rekaannya.

aduh! saya memang suka berangan.hihi.tapi saya akan pastikan pada majlis perkahwinan saya nanti (yang belum tentu pun bila tarikh dan tahun nya) saya akan tampil cantik.setiap kali saya ke majlis2 perkahwinan (shooting), mata saya tak akan berhenti berkelip untuk melihat kecantikkan baju yang di pakai oleh pengantin perempuan.tapi ada juga yang tidak kena dgn taste saya.namun saya percaya setiap wanita pasti mempunyai gaun idaman mereka.

saya tak sabar nak menunggu hari perkahwinan saya nanti.saya tak sabar untuk sibukkan diri.keluar bersama teman2, cari kasut yang sesuai dgn baju idaman saya.tudung.veil dan sebagainya.saya ingin kan perasaan itu.saya tau waktu itu saya akan berasa stress, tp apa yang pasti mesti saya sgt gembira.

p.s: dear lyn,
selamat pengantin baru.
enjoy ur new life! :)

No comments:

Post a Comment