Saturday, February 14, 2009

hari kekasih


terus terang saya katakan, saya bukan lah orang yang membenci hari kekasih pada 14 februari setiap tahun.saya juga bukan lah seorang yang akan beria2 pergi ke klcc, makan di restoran berputar dan diberikan sejambak/sedozen bunga ros pelbagai warna oleh sang kekasih.
tapi saya cuma menganggap bahawa hari kekasih yang diraikan masyarakat di seluruh dunia merupakan hari yang penuh dengan kasih sayang dan haruman juga kemanisan.saya secara lahiriah nya tidak pernah menyambut hari kekasih.kerana bagi saya, setiap hari adalah hari yang penuh dgn kasih sayang.jadi setiap hari juga saya menyambut dengan perasaan cinta terhadap si dia tersayang, family dan teman2.
pada 14 februari, semalam.saya cuma mendapat 1 mesej ucapan valentine's.itu pun bukan dari si dia.tapi dari teman saya yang jauh di penang.dan dia adalah seorang perempuan.hahaha.
pada 14 februari semalam, saya cuma berada di office saya dengan kerja yang menimbun.betul pula kata salah seorang teman sepejabat.
"sambut la valentine hari ni dengan memeluk dan mencium Mac di office.at least tak berdosa daripada peluk cium boyfriend.." hahahah.

tapi percaya la.saya tidak pernah membenci hari kekasih ini seperti orang2 yang berada di dalam FB yang konon2 menghentam sungguh2.
walaupun saya tidak menyambutnya tapi saya tahu pasti ada perempuan2 yang gembira + sangat2 gembira kerana :

1). hanya pada 14 feb saja, sang lelaki akan bertindak gentleman berbanding hari2 lain.
2). akan di beri bunga samada sekuntum, 2,3,4 atau 100 kuntum..
3).coklat tanda kemanisan cinta.
4).diberi peluang untuk memilih apa saja dan dibelikan secara percuma oleh kekasih.
5).dapat meluangkan masa bersama.

dear girls out there,

i'm happy for you.. :p

p.s: bagitau saya, jika ada perempuan dalam dunia ini yang tidak suka dilayan seperti puteri oleh lelaki yang di cintai. :)

wewooo~

No comments:

Post a Comment