Wednesday, May 5, 2010

dosa.pahala I

penat mata memandang skrin komputer dan jari menari-nari di atas papan kekunci dan tetikus.
cari-cari.scroll ke ats dan ke bawah.tak jumpa cari.

as sahar , wa tak jumpa cari entri lu yang berunsur nasihat dan kematian tu.wa ada baca.tapi wa lupa title entri lu tu.haihsss! -.-"
tidak mengapa..tapi kalau lu ingat sila bgtau wa.

petang tadi sedikit emosi.menonton klip video ramli sarip yang saya dah post di FB.belum separuh pun klip itu berjalan, air mata dah bergenang.
.
..
...

ayah.

saya rasa saya belum habis menangis.belum puas.gelak ketawa la macam mana pun, bila masuk isu kematian dan ayah, saya jadi sayu.
ayien tak kuat rupanya ayah... :')
berdengung nada lagu menusuk telinga, saya terbayang ayah.
dari ayah sihat.ayah senyum.ayah ketawa.ayah marah.semua.
sampai ke akhir nyawa ayah.
ayah sakit.ayah menangis.ayah dicabut nyawa.
semua.tak satu pun saya lupa.

mendengar setiap bait lagu itu, membuatkan saya berfikir berapa pahala dah saya kumpul.bertimbun dosa dah saya dukung.berat dosa dari pahala.agaknya... :')
sumpah demi Allah saya takut.
sumpah demi Allah saya menggigil takut.

saya tak bersedia langsung untuk dibakar rambut-nya di akhirat nanti.
saya tak bersedia langsung diseret sampai hancur tulang temulang.
saya tak bersedia langsung dikerat2 lidah, kemudian bersambung kemudian dikerat2 kembali.
menjerit lah sekuat mana pun, tiada siapa yang mampu tolong.
melolong la sampai terkeluar anak tekak dan najis..takkan ada yang datang.
subbahanallah.

kawan di dunia memang ramai.
tapi belum tentu boleh bantu kita dialam lain nanti.

mati.
itu pasti.

No comments:

Post a Comment