pagi ini hujan.saya suka.kerana terlampau suka, saya bangun lambat.8:40am.dan saya dah ter-skip subuh (amat selesa selimut kulit babi itu..owh sungguh berdosa T_T).dan saya sepatutnya masuk office jam 9am.dan saya mandi sepantas mungkin.adalah selama 15 minit.skip syampoo rambut.hihi.
apit sampai pukul 9:10 am.awak memang super-hero orang! yay! :D
so sementara menunggu dia datang, saya dah lepak2 kat bawah.dan 'snap-snap-snap' :)
ok korang! jom saya bawa korang jalan-jalan di kawasan rumah saya.
location : apartment seri kenangan.seksyen 6.wangsa maju
ini kawasan kolam dan taman mainan.cantik kan? saya pun baru perasan tempat ni cantik!
actually, carpet (carpet ke nama dia? lantak la! haha) tempat mainan tu baru tukar.dulu simen je.sekarang ni..malatoppp! :p
cantik! baru la kanak2 ceria bermain buai dan gelongsor.
anyways, saya dah lama tak berenang2 kat kolam.takde geng.. :(
but..nevermind.maybe satu hari yang indah nanti!
ini jalan naik ke rumah saya. :)) abaikan lumut tu..memang berlumut.tapi saya suka.saya suka bau lumut waktu pagi.waktu lumut masih basah sbb kena embun.sweet je.. <3>ini contoh bangunan rumah saya.erk? sebenarnya ini rumah jiran blok sebelah.saya ada ambik gambar bangunan rumah saya, tapi ada makcik tengah sidai2 kain kat balcony.jadi tak cantik pula.dan sebenarnya saya nervous nak snap the pic! nanti dia ingat saya ni paparazzi.harus la makcik tu berposing.hehehe :))
owh! sangat suka.
:))
sekarang ini saya dalam proses menghargai kehidupan.hargai segalanya.yang ada di depan mata.
sentiasa bersyukur.alhamdulillah.semoga kehidupan saya akan menjadi bertambah baik!
till my finger meet the keyboard again!
daa.
No comments:
Post a Comment