Tuesday, November 15, 2011

Bits & Pieces




source : weheartit.com

korang pernah terfikir tak apa yang berlaku/dilakukan oleh orang-orang diluar sana/diseluruh dunia di saat kita sedang melakukan apa yang sedang kita buat sekarang (contohnya : wa sedang menaip entry ini)? 


mungkin ada :


1). ibu yang sedang mengerang kesakitan untuk melahirkan zuriat ke dunia.


2). bapa yang sedang mengira-ngira kecukupan atau ketidak-cukupan perbelanjaan bulanan   
kerana si anak baru sahaja meminta dibelikan sebuah basikal.


3). si gadis sedang gembira dan berdebar kerana bakal ijab-kabulkan dengan teruna pilihan hatinya pada hujung minggu ini.


4). lelaki yang resah menunggu pemeriksaan ujian HIV samada negatif ataupun positif.


5). pelajar yang sedang tekun mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan semester.


6). pengemis yang memikirkan apa yang bakal dijamah malam ini ketika memandang mangkuk kosong di tangan.


7). pasangan kekasih yang sedang mencari-cari hotel murah yang 'line-clear' untuk melampiaskan nafsu cinta.


8). ibu dan ayah yang sedang solat berjemaah menadah tangan berdoa.


9). pelacur yang sedang menyalakan api rokok sementara menunggu pelanggan datang melangganinya.


10). kanak-kanak yang sedang ketawa menonton cerita kartun di televisi.


dan banyak lagi yang kita tak terfikir dek akal.


disaat kita sedang melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang mungkin juga ada yang :


11). sedang bertarung nyawa menunngu ajal dijemput selepas sakit berbulan-bulan.


12). mati ditikam kawan baik sendiri.


13). di lamar untuk menjadi isteri oleh bakal suami.


14). sedang menikmati matahari terbenam di tempat paling indah didunia.


dan bermacam-macam lagi.


dan alhamdulillah, disaat ini Allah memberikan wa akal untuk berfikir mengenai apa yang sedang berlaku ketika wa sedang menaip entri ini.subbahaAllah :')


x,
kerr.



No comments:

Post a Comment