Tuesday, March 16, 2010

ayah : episod 1

3 mac 2010 / 05: 30 pm 
(sms)
nani abdullah : ayien, ko tau ayah getting worse? i think aku balik this weekend.

3 mac 2010 / 07:01 pm
(sms)
angah abdullah : ayien, nk mintak ko balik kampung..tgk ayah.aku da balik subang jaya da ne.tolong balik.ayah problem skit.tolong balik.

3 mac 2010 / 07:07pm
(sms)
homesweethome : ayah dah takleh jalan.so emak bgtau mak itam kiah & mak yong.mak yong suruh anta hospital.so maybe malam ni ayah pgi hospital kot.just nak bgtau.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4 mac 2010 / 11:00 am
(puduraya)
kerr : kakak, tiket paling awal?
kakak kaunter : pukul 12!
kerr : ok.boleh.satu.

4 mac 2010 / 4:00pm
(hospital besar batu pahat)
(sms)
kerr : faza, turun jap ambik aku kat bawah? tak tau ayah wad mana.
faza abdullah : ok.tunggu kejap.

faza berlari anak.bila tiba dekat, air matanya dah mula bergenang.

kerr : kenapa?
faza abdullah : aku takut... (air mata meleleh)
kerr : dah2.jangan nak menangis.takde apa2 la.ayah ok je nanti.. (senyum) jom, naik tengok ayah.emak mana?
faza abdullah : emak balik kejap.dia tak tidur semalam jaga ayah.

wad 3, hospital besar batu pahat
sebuah bilik yang dipenuhi lebih kurang 8 orang pesakit termasuk ayah.ayah di katil nombor 2 dari dinding.keadaan ayah..berdenyut jantung saya.mcm mana saya nak terangkan.makin kecil.padahal saya baru saja menjenguk nya 2-3 minggu lepas semasa cny.ayah memang nampak tak sihat.

kerr : ayah!!! ni ayien datang ni.. (suara seceria mungkin).
ayah : membuka kecil matanya.mengangguk pelahan.

saya dan faza meneruskan aktiviti menjaga ayah.mengelapkan tubuhnya bila berpeluh.makcik-makcik yang menemani suami-suami di kaltil-katil sebelah melihat saja.agaknya mereka berfikir, "siapa anak anak dara ni? tiba2 datang menjaga orang tua?"..saya mulakan dengan bersalam dan kemudian saya buat tak kisah.saya dan faza bercerita itu dan ini kepada ayah.niat saya cuma satu, saya nak dia dalam keadaan sedar.sebab keadaan sedar saje yang boleh melegakan hati saya.

faza abdullah : ayien, semalam otak ayah di scan, then doc cakap ada sumthing yang boleh menyebabkan ayah bakal lumpuh kalau tidak dirawat segera.doctor bgitau emak hanya ada dua cara je nak bagi ayah sihat.
kerr : apa cara nya?
faza abdullah : yang pertama , ayah perlu disuntik dengan enzim babi. yang kedua, if tak nak kena suntik doc boleh bg ubat tapi ubat yang perlu disuntik setiap masa.

mengucap panjang saya...ya Allah, ujian apa yang Kau dah turunkan pada aku sekeluarga.

kerr : abis? emak cakap apa?
faza abdullah : aku tak tau..itu keputusan emak dengan doc.

perbualan mati setakat itu.
saya ke bilik air yang berada di dalam wad tersebut.membasahkan kain untuk ayah.di hadapan singki, aku palingkan muka ke cermin.aku kena kuat.jangan nak menangis sekarang.air mata pun dah bergenang.dari dalam tandas, kedengaran suara emak di luar.iya, emak dah tiba.cepat2 aku tahan tangis.berlagak macam biasa dan tiada apa2 berlaku.

emak wanita kuat.aku yakin aku dapat kekuatan ini dari dia.dia kelihatan bersahaja.tapi dalam hati Tuhan Maha Ketahui.

emak : sampai pukul berapa?
kerr : kul 4 lebih tadi...(bersalam mencium tangan)
emak : ayien dah makan?
kerr : belum sempat.
emak : pergi makan dulu.emak tengok kan ayah.
kerr : ok.jom faza!

bukan sengaja mahu tinggal kan mereka.tapi aku rasa mereka berdua memerlukan masa2 berkualiti antara mereka.biarkan... :')

****
4 mac 2010 / 10:00 pm
seorang doktor wanita.bertudung memanggil emak.ingin berbincang katanya.jarak katil ayah dengan kaunter tak sejauh mana.ayah dah lena.aku dan faza terus membacakan ayat-ayat quran buat ayah.mohon Tuhan mendengar doa kami adik beradik.

emak : ayien, doc bgtau chances ayah tak banyak.ayah kena operate.tapi doc pesan kita dah boleh panggil sedara mara.berkumpul.sbb doc tak bagi banyak pilihan.operation antara hidup dan mati.

aku terkedu.faza terdiam.

kerr : emak, mcm ni je la.apa2 pun kita kena sedia.apa2 jadi kita kena ready.tetapkan hati sekarang.kita tau condition ayah mcm mana kan? ayien tak kisah apa keputusan emak pada doc..cuma ayien nak yang terbaik yang doc boleh buat untuk ayah.
*aku tahan sebak.aku tak nak emak down*.kejap ek mak.ayien pergi luar jap.apa2 ayien kat luar je.

10:42pm 
(sms - send to many)

kerr : hi korang.emak ada discussion dengan doc tadi.doc bgtau ayah kena operate, but chances untuk hidup tu takde.kalau berjaya alhamdulillah,kalau out, kita kena ready.doc dah minta emak panggil sedara mara kumpul, in case jadi apa2.
angah abdullah : ayien ...betul ke ni?
kerr : aku pernah tipu kau?
angah abdullah : pasal jadi mcm ni erk? doc ckp apa lagi? apa dah jadi dengan ayah.

lepas sms..aku menangis puas-puas.depan wad ayah.duduk di kerusi biru.aku lost.aku tak tau nak buat apa?
ini air mata yang aku tahan dari siang tadi.dari saat aku tengok ayah waktu aku sampai petang tadi.ini air mata yang sepatutnya hanya gugur bila ayah selamat.air mata gembira.

10 minit kemudian, aku masih dalam nangis.aku lihat along dan adik-adik yang lain dah sampai.lagi mencurah air mata.sampai aku tak boleh nak bercakap apa pun.sumpah demi Allah, ini saat paling aku takut sepanjang 25 tahun aku hidup.

sambung..

No comments:

Post a Comment