Monday, November 9, 2009

i'm in my own world, its ok...they know me here

tahun hadapan umur saya akan menginjak ke angka 26 tahun.dua-puluh-enam-tahun.hurm..macam dah banyak kan? most of my schoolmate or U-mate , dah berkahwin,dah ada anak or paling-paling busuk pun dah bertunang.or at least ada rancangan mahu bertunang.saya? saya pun tak pasti apa plan saya.plan masa depan saya.i mean plan 'institusi keluarga' saya.baru sebentar tadi saya dok browse gambar-gambar pertunangan salah seorang sahabat saya, Nani.dia cantik.dia gembira...saya tumpang suka. :) tak lama lagi, beberapa orang kawan-kawan saya pun akan bertunang dan seterusnya berkahwin.faeza...byezura... :)


sebenarnya...saya bukan tak percaya pada jodoh.saya mengerti benar cepat lambat semua nya kerja Tuhan.dan sesungguhnya saya tidak terlalu memikirkan mengenai nya, mengenai perkahwinan.esok-esok kalau dapat jodoh yang baik, saya pasti akan berkahwin juga...itu doa saya.lelaki yang baik.yang boleh membimbing & memimpin saya ke jalan yang lebih baik...ouch! so klise! hihi.saya kerap kali berasa sebegini...setiap kali memikirkan bahawa kawan-kawan akan mendirikan mahligai cinta mereka, saya jadi takut.saya bukan tidak gembira.malah saya suka dan sentiasa doakan yang terbaik buat mereka-mereka ini.cuma saya takut hilang mereka.okeh, macam merepek dan langsung tak grow up! hahaha.tapi itu-lah yang saya rasa.tapi saya tau, saya tiada hak untuk menghalang.kerana semua manusia (kebanyakkannya) pasti melalui detik-detik itu.malah saya pun mahu melalui nya.so saya perlu melepaskan mereka dengan hati yang tenang..haihs! O_o


sekarang ini saya cuma mengharapkan dan berdoa semoga semua yang didoa termakbul.baik dari sudut kehidupan, kerjaya dan keluarga.hidup ini cuma sementara.jadi sementara hidup ini lah, saya hendak menikmati segala kegembiraan tanpa mengetepikan soal agama.semoga semua-nya baik-baik sahaja.amin... :)


No comments:

Post a Comment